BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 27, 2010

lawak saintis bongok.




Adalah seorang saintis muda yang baru lulus daripada universiti. Disebabkan beliau teramatlah sukakan binatang, maka banyak kajian yang beliau buat adalah tentang binatang. Satu hari, beliau teramat takjub dengan kebolehan katak membuat lompatan. Sayugia, beliau pun mengkaji kehebatan katak melompat. Beliau mengambil seekor katak dan menyukat sejauh mana lompatan katak tersebut.

"Hey katak, lompat kehadapan",jerit saintis tersebut. Lalu katak pun melompat. Setelah itu, beliau menyukat jarak lompatan katak tersebut.

Sambil mencatat dalam buku beliau, "Well done. Katak dengan 4 kaki, jarak lompatan 2 meter"

Setelah itu beliau memotong salah satu kaki katak tersebut dan meletakkan semula tempat beliau membuat ujian.

"Hey katak, lompat kehadapan",jerit saintis tersebut. Lalu katak pun melompat lagi. Setelah itu, beliau menyukat jarak lompatan katak tersebut.

"Hem.... bagus. Katak dengan 3 kaki, jarak lompatan 1.5 meter"

Setelah itu beliau memotong lagi salah satu kaki katak tersebut dan meletakkan semula tempat beliau membuat ujian.

"Hey katak, lompat kehadapan",jerit saintis tersebut. Lalu katak pun melompat dengan 2 kaki sahaja. Setelah itu, beliau menyukat jarak lompatan katak tersebut.

"Hem.... great. Katak dengan 2 kaki, jarak lompatan 1 meter".

Setelah itu beliau memotong lagi kaki katak tersebut dan meletakkan semula tempat beliau membuat ujian.

"Hey katak, lompat kehadapan",jerit saintis tersebut. Lalu katak pun melompat dengan 1 kaki. Setelah itu, beliau menyukat jarak lompatan katak tersebut.

"Hem.... good. Katak dengan 1 kaki, jarak lompatan 0.5 meter".

Setelah itu beliau mengambil katak tersebut dan memotong kaki katak yang penghabisan dan meletakkan ditempat ujian.

"Hey katak, lompat kehadapan". Tapi kali ini tidak ada tindak balas daripada katak tersebut. Beliau pun meninggikan suara dan mengarahkan katak tersebut untuk melompat. Tapi hasilnya tetap sama. Tidak ada tindak balas daripada katak tersebut.

Lalu beliau pun mengambil nota dan menulis

KATAK TANPA KAKI RUPA-RUPA NYA PEKAK!!!!

0 comments: